Sunday, February 15, 2009

Tips pastikan RAM anda itu betul betul rosak sebelum membeli yang baru

. Sunday, February 15, 2009

1. Kenalpasti masalah RAM

Cara mengenalpasti masalah RAM , apabila keluar bunyi beep.. bunyi beep ni, dikeluarkan dari motheboard [papan induk] anda.. Bunyi ni dihasilkan apabila BIOS [Basic Input Output System] mengesan masalah pada RAM anda, samada RAM rosak atau RAM tidak dilletakkan dengan betul…Jadi periksa RAM, pastikan dipasang dengan sempurna…

2. Cabut RAM anda

Cabut RAM anda daripada motherboard.. Gunakan pemadam pensel gosok pada jejalur emas kat RAM tu, kemudian lapkan dengan kain kering… Sebab apa ?.. Satu faktor kerosakkan RAM adalah disebabkan kesan [cap jari @ sbg] atau habuk yang melekat pada jejalur emas yang menggangu arus elektrik pada RAM tersebut.. Proses ni bagi membersihkan kekotoran yang mungkin melekat pada RAM.

3. Berus Slot RAM

Sebelum anda memasang RAM, anda sapu slot RAM tu menggunakan berus cat [berus cat yang tidak mudah tertanggal bulunya].. proses nie bagi membuang habuk-habuk yang berada pada slot tersebut..

4. Pasang semula RAM anda

Anda boleh pasang semula RAM anda, jika ada masalah lagi..barulah confirm RAM anda rosak.

P/s:

  • Cuba dulu tips nie sebab ada yang menyatakan RAM rosak.. Tapi hakikatnya banyak habuk yang melekat.
  • Jangan sesekali pegang pada jalur emas pada RAM apabila anda pasang, mungkin tiada masalah sekarang, tapi masalahnya akan timbul akan datang.
  • Anda juga boleh gunakan tips ni bagi perkakasan lain, seperti AGP card, network card @ sound card..

2 comments:

ALan HaFiz said...

virus deman denggi ke

nurulazna said...

oooo..mcm 2 ek..sblm ni tngk adik bt g2 rs mcm plik je...bl tnya dia ckp tngk je la...haru ada adik mcm 2..ooo baru la tau...:D

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

Followers

Copyright © 2008 - 2009 norhazlanBlog is proudly powered by Blogger.com | Best View Resolutin 1027x768