Tuesday, September 27, 2022

KISAH TAWASSUL

 MAKSUDNYA TAWASSUL*


KALAULAH 'SYIRIK' MEMINTA PERTOLONGAN KEPADA SELAIN ALLAH SWT, MAKA NABI MUHAMMAD SAW TIDAK AKAN PERNAH MENGAJARKAN PARA SAHABATNYA SEPERTI INI !!!

Nabi Muhammad SAW bercerita tentangnya Uwais Al-Qarni, padahal Beliau sendiripun belum pernah bertemu dengannya. 

Nabi Muhammad SAW bersabda :

"Sesungguhnya dia (Uwais Al-Qarni) berasal daripada negeri Yaman, dari kampung Qarn Suku Murad. Ayahnya telah meninggal dunia dan dia hanya hidup bersama-sama Ibunya, dia anak yang berbakti kepada kedua orang tuanya.

Suatu hari dia telah terserang Penyakit Kusta, lalu dia Berdoa memohon kepada Allah dan Allah Menyembuhkan Penyakitnya itu. Maka berbekaslah dikulit kedua tangannya ada bekas sakitnya seperti tampalan wang dirham, dia adalah Pemimpin Para Pengikutku."

Kemudiannya, Nabi Muhammad SAW pun berkata kepada Umar bin Al-Khattab RA :

"Jikalau engkau sempat bertemu dengannya dan mintalah Didoakan Ampunan. Maka lakukanlah."

Ketika Umar Al-Khattab RA diangkat menjadi Khalifah, dia pun bertanya-tanya kepada Para Jama'ah Haji bagi sesiapa yang mengenali Uwais Al-Qarni.

Umar Al-Khattab berkata :

"Adakah diantara kalian Uwais Al-Qarni ?"

Jama'ah Haji pun menjawab :

"Bukan !" 

Umar Al-Khattab pun berkata : 

"Bagaimana boleh kalian meninggalkanya ?"

Mereka (Jama'ah Haji) pun menjawabnya tanpa mengetahui siapakah sebenarnya Uwais Al-Qarni :

"Jama'ah Haji kami meninggalkannya kerana dia tidak mempunyai harta dan pakaiannya yang sangat lusuh."

Umar Al-Khattab pun berkata : 

"Celakalah kalian ! Sesungguhnya Nabi telah menceritakan tentang dia. Kemudian Beliau bersabda kepada aku : 

"Jika engkau sempat bertemu dengannya dan mintalah Didoakan Ampunan. Maka lakukanlah."

Apabila setiap musim Haji tiba, Umar Al-Khattab pun terus mencari-carinya dan menunggu Uwais Al-Qarni. 

Sampailah pada suatu hari, tanpa sengaja Umar Al-Khattab telah bertemu dengan seorang Haji daripada Yaman. 

Umar Al-Khattab pun ingin mencari kepastian, apakah yang ditemuinya itu adalah Uwais Al-Qarni.

Umar Al-Khattab : Siapa namamu ?

Uwais Al-Qarni  : Uwais.

Umar Al-Khattab : Berasal darimana ?

Uwais Al-Qarni : Dari Qarn.

Umar Al-Khattab : Dari Kabilah apa ?

Uwais Al-Qarni : Kabilah Murad.

Umar Al-Khattab : Bagaimana khabar Ayahmu ?

Uwais Al-Qarni : Aku hanya hidup bersama-sama Ibuku, sedangkan Ayahku sudah lama meninggal dunia.

Umar Al-Khattab : Bagaimanakah keadaan bersama Ibumu ?

Uwais Al-Qarni : Aku berharap semoga aku menjadi anak yang berbakti.

Umar Al-Khattab : Apakah engkau pernah sakit ?

Uwais Al-Qarni : Ya, aku sakit kusta, lalu aku Berdoa kepada Allah SWT agar menyembuhkan penyakitku, dan aku pun sembuh.

Umar Al-Khattab : Apakah ada suatu bekas sakitmu dahulu ?

Uwais Al-Qarni : Ya, ada bekasnnya dilenganku seperti wang dirham.

Uwais Al-Qarni pun menunjukkan tangannya itu, ketika Umar Al-Khattab melihat sahaja tanda itu, beliau pun terus memeluknya dan berkata.

Umar Al-Khattab : Engkaulah orangnya yang diceritakan oleh Nabi SAW dan kucari-cari selama ini. Berdoalah dan mintakanlah aku Ampunan daripada Allah SWT.

Uwais Al-Qarni : Wahai Amirul Mukminin, apakah aku harus memohon supaya engkau Diampuni ?

Umar Al-Khattab : Benar !

Umar Al-Khattab pun terus memintanya dan akhirnya beliau pun Didoakan oleh Uwais Al-Qarni.

Lalu Umar Al-Khattab pun menanyakan tujuannya Uwais Al-Qarni setelah melaksanakan Ibadah Haji.

Uwais Al-Qarni : Aku akan pergi ke Murad menemui penduduk Yaman, lalu ke Iraq.

Umar Al-Khattab : Bagaimana jikalau aku menuliskan surat tentang dirimu untuk gubernur Iraq.

Uwais Al-Qarni : Demi Allah ! Aku Bersumpah. Jangan sampai engkau melakukan itu wahai Amirul Mukminin !. Biarkan aku berjalan ditengah-tengah orang-orang seperti "ORANG ASING" sebagaimana orang-orang lain.

Siapakah UWAIS AL-QARNI ???

Siapakah Uwais Al-Qarni ini sehinggakan namanya disebut-sebutkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW dan Umar bin Al-Khattab pun meminta Doa darinya ???

Dikisahkan daripada Hadis Riwayat Muslim daripada Ishak bin Ibrahim, seorang pemuda bernama Uwais Al-Qarni, tinggal di negeri Yaman, dia adalah seorang 'FAKIR' dan 'YATIM' yang hidup bersama-sama Ibunya yang lumpuh dan buta.

Uwais Al-Qarni yang bekerja sebagai penggembala domba, hasil usahanya hanya cukup untuk makan Ibunya sehari-hari. Apabila ada kelebihan, terkadang dia mempergunakannya untuk membantu tetangganya yang hidup didalam Kemiskinan. 

Uwais Al-Qarni dikenali sebagai seorang yang sangat Taat Beribadah dan sangat patuh kepada Ibunya dan dia seringkali Berpuasa.

Alangkah sedihnya Hati Uwais Al-Qarni, setiap kali melihat tetangganya yang sering bertemu dengan Nabi Muhammad SAW. 

Sedang dia sendiri belum pernah pun berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW. 

Namun, ketika mendengarkan Gigi Nabi Muhammad SAW patah kerana dilemparkan dengan batu oleh kaum Thaif yang enggan diajak didalam Dakwahnya. Dengan segera Uwais Al-Qarni pun mengikut mematahkan giginya dengan batu sehinggalah patah.

Dia sangat-sangat Rindu ingin mendengarkan suara Nabi Muhammad SAW, Kerinduannya kerana IMAN kepada Allah SWT dan Muhammad sebagai Rasul-Nya.

Dia tidak dapat membendung lagi keinginannya itu, pada suatu hari Uwais Al-Qarni pun datang mendekati Ibunya dengan mengeluarkan isi Hatinya dan memohon izin kepada Ibunya agar diperkenankannya pergi menemui Nabi Muhammad SAW di Madinah.

Setelah dia menemukan rumahnya Nabi Muhammad SAW, dia hanya dapat bertemu dengan isterinya sahaja, iaitu Ummul Mukminin Aisyah RA.

Sementara, diwaktu yang sama dia teringat akan pesan Ibunya agar segera pulang ke Yaman. 

Akhirnya, kerana Ketaatannya kepada Ibunya, pesan Ibunya itupun mengalahkan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW.

Setelah Nabi Muhammad SAW pulang daripada medan pertempuran, sesampainya dirumah. Beliau pun menanyakan kepada Aisyah RA tentang orang yang mencari-carinya. 

Maka Aisyah RA pun menjelaskan bahawa memang benar ada yang mencari-carinya tetapi kerana tidak mahu menunggu, dia pun segera kembali ke Yaman kerana Ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan sehingga dia tidak dapat meninggalkan Ibunya dengan terlalu lama.

Nabi Muhammad SAW pun mengatakan bahawa orang itu adalah "PENGHUNI LANGIT".

Nabi Muhammad SAW pun menceritakan kepada Para Sahabatnya :

"Jikalau kalian ingin berjumpa dengannya. Maka perhatikanlah dia mempunyai Tanda Putih ditengah telapak tangannya."

Nabi Muhammad SAW pun menyarankan Para Sahabatnya ketika bertemu dengan Uwais Al-Qarni :

"Apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah Doa dan Istighfarnya, dia adalah "PENGHUNI LANGIT", bukannya bumi."

Apa yang kita dapat daripada kisah diatas bahawa Ketaatan kepada Ibu dan Bapa, dan juga boleh Meminta kepada makhluk selain Allah SWT. 

Kerana Meminta kepada makhluk selain Allah SWT adalah yang diajarkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW kepada Para Sahabatnya.

Perkara menyeru atau memohon pertolongan kepada selain Allah SWT adalah ajaran Nabi Muhammad SAW.

Semoga kisah ini memberikan kita Pengajaran dan Ilmu.

Jomlah Istighazah dan lupakanlah Wahabi yang cuba merosakkan Perjalanan Kerohanian kita...

Allahumma Salli'ala Muhammad...

Kredit by Syeh Haqqtullah

No comments:

Post a Comment

KISAH TAWASSUL

 MAKSUDNYA TAWASSUL* KALAULAH 'SYIRIK' MEMINTA PERTOLONGAN KEPADA SELAIN ALLAH SWT, MAKA NABI MUHAMMAD SAW TIDAK AKAN PERNAH MENGAJA...