Pernah tak anda terjadi dimana cd atau dvd yang disimpan rosak? kadangkala cd yang burn untuk cerita koleksi telah rosak.
Mungkin ada kes sekadar calar di CD, Namun penah terjadi juga..
Layer cd tersebut tercabut (lihat gambar di sebelah).
Terdapat dua cara untuk CD/DVD akan rosak:
1. Kerosakan pada "sebelah bacaan CD" (Read side)
Ketika anda meletakkan CD ke dalam CD player, CD player tersebut akan membaca semua maklumat digital daripada bahagian yang bersinar2 di CD anda. Secara mikronya, semua maklumat sekecil2 daripada kod digital akan dibaca.
Oleh itu, jika terdapat sebarang kotoran, habuk dan calar pada cd tersebut, segala proses bacaan pada cd tersebut akan tergendala dan mungkin rosak sepenuhnya.
2. Kerosakan pada layer aluminium (pada sebelah label seperti di atas.)
Hal ini adalah berkaitan dengan kimia sedikit. Sebarang oksigen yang berjaya menembusi layer aluminium tersebut akan menyebabkan kerosakan kepada CD/DVD anda. Apabila oksigen bergabung dengan layer aluminium tersebut, aluminium oksida akan terhasil (ia lutsinar) dan menyebabkan pancaran laser CD plyer tidak dipantulkan.

Sebenarnya layer aluminium (tempat anda semua labelkan cd) itu adalah sangat nipis, dan sebarang lubang kecil atau calar akan mendedahkan oksigen kepada aluminium tersebut.
Oleh itu, jagalah CD/DVD anda sebaiknya, lebih-lebih lagi CD/DVD yang anda jadikan koleksi itu.
dapat juga saya mencari ilmu di sini.. tambahkan maklumat semasa lagi. terima kasih
ReplyDelete