Tuesday, March 3, 2009

Gangguan Capaian Internet Bagi Laman Web Antarabangsa

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat gangguan capaian Internet bagi laman web antarabangsa disebabkan oleh kerosakan circuit pada Asia Pacific Cable Network 2 (APCN2) di antara Kuantan - Katong di Singapura dan Shantou - Tanshui di Taiwan menghubungkan Malaysia ke United States (US) pada tarikh dan masa seperti yang dinyatakan di bawah.

Sehubungan itu, kemungkinan perkhidmatan Internet akan menjadi perlahan semasa melayari laman web antarabangsa.

Bagi mengatasi masalah tersebut, beberapa talian telah pun dilencongkan ke talian alternatif bagi mengurangkan masalah kesesakan trafik sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikpulihan dijalankan.

Tarikh Mula : 18 Februari 2009 (Rabu)
Tarikh Tamat : 5 Mac 2009 (Khamis)

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila layari laman web: http://www.tm.com.my/announcement/

No comments:

Post a Comment

KISAH TAWASSUL

 MAKSUDNYA TAWASSUL* KALAULAH 'SYIRIK' MEMINTA PERTOLONGAN KEPADA SELAIN ALLAH SWT, MAKA NABI MUHAMMAD SAW TIDAK AKAN PERNAH MENGAJA...