Saturday, November 21, 2009

Wabak taun di Terengganu

. Saturday, November 21, 2009

Utusan Malaysia




Khamis, 19/11/2009



Wabak taun di Terengganu
Oleh Radhuan Hussain

KUALA TERENGGANU 18 Nov. - Sebanyak 30 hingga 50 orang dimasukkan ke wad hospital di sini sehingga kini akibat mengalami cirit-birit sejak wabak taun melanda negeri ini Jumaat lalu.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Nordiyanah Hassan berkata, walaupun semua kes itu bukan disahkan penghidap taun, namun langkah pencegahan awal tetap diambil bagi memastikan tiada jangkitan baru berlaku.

Sambil menyifatkan perkembangan wabak taun di Terengganu ketika ini sebagai serius, beliau memberitahu, setiap hari sejak Jumaat lalu, kes cirit-birit semakin meningkat dengan terbanyak dicatatkan di daerah Kuala Terengganu.

Pada masa yang sama, jelasnya, lebih 50 kedai makan dan restoran di sekitar daerah ini sudah diperiksa dan daripada jumlah itu, lebih 10 premis diarah tutup untuk tindakan lanjut.

"Kita sudah buat pemeriksaan ke atas lebih 50 premis (kedai makan) di sekitar Kuala Terengganu dan lebih 10 buah diarah tutup, begitu juga lima kilang air batu yang diarah tutup selama 14 hari.

"Kilang-kilang air batu ini akan diperiksa lagi sejurus tempoh 14 hari tamat dan jika masih gagal, tempoh itu akan dilanjutkan atau mungkin dikenakan tindakan di bawah Akta Makanan dan Kawalan Penyakit yang memperuntukkan hukuman penjara dan denda," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas perkembangan wabak itu yang melanda Terengganu sejak Jumaat lalu dengan setakat kelmarin, seramai 132 orang disahkan menghidap taun dan ditempatkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Dr. Nordiyanah turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah pencegahan dengan memastikan makanan, minuman dan tandas dalam keadaan bersih dan selamat untuk digunakan.

"Hanya makanan atau minuman yang dimasak saja dapat mematikan kuman dan begitu juga keadaan tandas, pastikan benar-benar bersih selepas setiap kali guna bagi mengelak jangkitan kuman," ujarnya.

Dalam pada itu, menurutnya, cuti seluruh kakitangan kesihatan di negeri itu dibekukan dan mereka kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

2 comments:

Ross Safina Hor said...

Salam semua,

Berita menyedihkan penduduk Malaysia hari ini.

Kes Penyakit Taun Terkini : 185 Kes Disahkan Di Terengganu, 18 Di Sabah

AWAS! TAUN TELAH MEREBAK KE SABAH. LINDUNGI DIRI DAN ORANG TERSAYANG DENGAN PROTECUR-100.

http://www.rosssafinahor.blogspot.com/

Wasalam.

armouris said...

info tentang keracunan makanan kat sini - Keracunan Makanan

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

Followers

Copyright © 2008 - 2009 norhazlanBlog is proudly powered by Blogger.com | Best View Resolutin 1027x768